Monday, 20 June 2011

Kisah Pernikahan Rasulullah saw dengan Siti Aisyah

Pernikahan Rasulullah saw dengan Siti Aisyah terjadi pada hari Jumaat. Ketika Siti Khadijah telah meninggal dunia, Rasulullah merasa kehilangan dan selalu diliputi kesedihan. Maka datanglah Malaikat as membawa sehelai daun dari syurga, terlukis di daun tersebut wajah Siti Aisyah.

Jibril berkata:
“ Wahai Muhammad, Allah memberi salam kepadamu dan berfirman : Aku nikahkan engkau di langit dengan seorang gadis yang rupanya serupa dengan lukisan ini, maka  nikahilah ia di dunia.”

                Kemudian Rasulullah saw menanyakan kepada sahabat tentang siapakah yang mirip dengan gambar tersebut. Sahabat menjawab, bahawa gambar itu mirip dengan Aisyah puteri Abu Bakar as Siddiq. Kemudian Rasulullah saw memanggil Abu Bakar dan berkata kepadanya:
“Wahai Abu Bakar,sesungguhnya Allah SWT  telah mengahwinkan aku dengan puterimu Aisyah di langit, dan Allah memerintahkan kepadamu supaya menikahkannya denganku di bumi.”

Abu Bakar menjawab :
“Ya Rasulullah, semoga Allah member selawat dan salam ke atas baginda, sebenarnya ia masih anak-anak, mungkin ia belum dapat berkhidmat dengan baginda.”

Rasulullah saw membalas :
“Seandainya ia tidak dapat berkhidmat denganku, tidak mungkin Allah akan mengahwinkan dia denganku.”
Kemudian dilakukanlah akad nikah antara Rasulullah saw dengan Siti Aisyah. Setelah itu Abu Bakar pun pulang ke rumahnya. Ia mengisikan sebuah mangkuk dengan buah kurma, kemudian ia berkata dengan puterinya Aisyah:
“Pergilah bawa buah tamar ini ke rumah Rasulullah saw dan sampaikan kepada baginda bahawa ini untuk baginda.”

                Pergilah Siti Aisyah ke rumah Rasulullah saw. Ketika itu Rasulullah saw sedang seorang diri. Aisyah meletakkan mangkuk yang dibawanya di hadapan Rasulullah saw, sambil sampaikan pesan ayahnya. 

Rasulullah pun bersabda:
“Wahai Aisyah, aku terima, aku terima, aku terima..”

                Baginda memegang hujung selendang Aisyah, lalu Siti Aisyah melihat baginda dengan muka yang marah sambil berkata: “ Orang-orang akan mengatakan bahawa baginda sebagai seorang pengkhianat.”
Kemudiannya Aisyah menarik selendangnya daripada pegangan Rasulullah saw, dan ia pun pulang ke rumah . ketika Abu Bakar melihat puterinya maka ia bertanya :
“Wahai Aisyah, bagaimana engkau melihat Rasulullah itu?”

Siti Aisyah menjawab :
“Wahai ayahku, janganlah menanyakan hal itu, sebab ia telah memegang selendangku dan menarik ke arahnya.”

Berkata Abu Bakar :
“Wahai puteriku, janganlah engkau bersangka buruk terhadap baginda, kerana aku telah menikahkan engkau dengan Rasulullah.”
Mendengar keterangan ayahnya itu, Aisyah menunduk kepalanya kerana malu.

·         alangkah beruntungnya Aisyah kerana dinikahi Rasulullah dalam keadaan gadis. Bahkan dinikahi oleh Allah SWT dengan Rasulullah di langit.. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada junjungan besar, Rasulullah saw, keluarga baginda dan para sahabat. Amin….


No comments:

Post a Comment