Tuesday 6 December 2011

Dugaan itu Suatu Nikmat

Ya Allah, terlalu banyak perkara berlaku dalam diri ini... sehinggakan terasa otot-otot sendiku sukar untuk melangkah.. lalu ku gapai sebuah buku Mukashafah al Qulub karangan Imam al-Ghazali...

sahabat-sahabatku yang dicintai Allah..Jika dirimu tertimpa musibah dan dugaan, maka bersabarlah... ku tahu senang dengan hanya melafazkan dengan kata-kata.. tapi untuk mencapai tahap kesabaran yang tinggi sukar itu dan payah.. yakinlah dugaan itu suatu nikmat yang sangat berharga yang Allah kurniakan bagi orang-orang mukmin...

sabda Nabi Muhammad;

"Barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindungan daripadaKu, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk, pastiKu tutup semua pintu langit baginya."

ingatlah, nilai dugaan yang menimpa kita itu sangat sedikit jika dibandingkan dengan pedihnya bencana yang menimpa para nabi dan wali..  pernahkah kita terbaca suatu hadis;

"Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela pada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh."

Subhanallah, tingginya darjah orang yang bersabar dan rela pada Allah apabila tertimpa musibah... jadi, di mana posisi kita di hadapan Allah? adakah kita seorang yang kuat mengeluh apabila ditimpa bencana? atau seorang yang berbolak-balik hatinya (menerima dan menolak) dugaan yang menimpa.. Ingatlah Allah tegaskan dalam hadis qudsi;

"Barangsiapa tidak rela dengan keputusanKu dan tidak syukur pula dengan pemberianKu, hendaklah dia mencari Tuhan selain Aku!"

Nauzubillah.. Ya Allah, janganlah Engkau memalingkan hati-hati kami dari menerima ketentuan dariMu.. ampunilah dosa-dosa kami.. Suburkan hati-hati kami dengan mengingatiMu.. jangan Engkau pesongkan akidah kami.. Jika Engkau menghendaki kami mati, maka matilah kami dalam kemuliaan Islam..  T_T
~RAUDHAH~

Monday 20 June 2011

Kisah Pernikahan Rasulullah saw dengan Siti Aisyah

Pernikahan Rasulullah saw dengan Siti Aisyah terjadi pada hari Jumaat. Ketika Siti Khadijah telah meninggal dunia, Rasulullah merasa kehilangan dan selalu diliputi kesedihan. Maka datanglah Malaikat as membawa sehelai daun dari syurga, terlukis di daun tersebut wajah Siti Aisyah.

Jibril berkata:
“ Wahai Muhammad, Allah memberi salam kepadamu dan berfirman : Aku nikahkan engkau di langit dengan seorang gadis yang rupanya serupa dengan lukisan ini, maka  nikahilah ia di dunia.”

                Kemudian Rasulullah saw menanyakan kepada sahabat tentang siapakah yang mirip dengan gambar tersebut. Sahabat menjawab, bahawa gambar itu mirip dengan Aisyah puteri Abu Bakar as Siddiq. Kemudian Rasulullah saw memanggil Abu Bakar dan berkata kepadanya:
“Wahai Abu Bakar,sesungguhnya Allah SWT  telah mengahwinkan aku dengan puterimu Aisyah di langit, dan Allah memerintahkan kepadamu supaya menikahkannya denganku di bumi.”

Abu Bakar menjawab :
“Ya Rasulullah, semoga Allah member selawat dan salam ke atas baginda, sebenarnya ia masih anak-anak, mungkin ia belum dapat berkhidmat dengan baginda.”

Rasulullah saw membalas :
“Seandainya ia tidak dapat berkhidmat denganku, tidak mungkin Allah akan mengahwinkan dia denganku.”
Kemudian dilakukanlah akad nikah antara Rasulullah saw dengan Siti Aisyah. Setelah itu Abu Bakar pun pulang ke rumahnya. Ia mengisikan sebuah mangkuk dengan buah kurma, kemudian ia berkata dengan puterinya Aisyah:
“Pergilah bawa buah tamar ini ke rumah Rasulullah saw dan sampaikan kepada baginda bahawa ini untuk baginda.”

                Pergilah Siti Aisyah ke rumah Rasulullah saw. Ketika itu Rasulullah saw sedang seorang diri. Aisyah meletakkan mangkuk yang dibawanya di hadapan Rasulullah saw, sambil sampaikan pesan ayahnya. 

Rasulullah pun bersabda:
“Wahai Aisyah, aku terima, aku terima, aku terima..”

                Baginda memegang hujung selendang Aisyah, lalu Siti Aisyah melihat baginda dengan muka yang marah sambil berkata: “ Orang-orang akan mengatakan bahawa baginda sebagai seorang pengkhianat.”
Kemudiannya Aisyah menarik selendangnya daripada pegangan Rasulullah saw, dan ia pun pulang ke rumah . ketika Abu Bakar melihat puterinya maka ia bertanya :
“Wahai Aisyah, bagaimana engkau melihat Rasulullah itu?”

Siti Aisyah menjawab :
“Wahai ayahku, janganlah menanyakan hal itu, sebab ia telah memegang selendangku dan menarik ke arahnya.”

Berkata Abu Bakar :
“Wahai puteriku, janganlah engkau bersangka buruk terhadap baginda, kerana aku telah menikahkan engkau dengan Rasulullah.”
Mendengar keterangan ayahnya itu, Aisyah menunduk kepalanya kerana malu.

·         alangkah beruntungnya Aisyah kerana dinikahi Rasulullah dalam keadaan gadis. Bahkan dinikahi oleh Allah SWT dengan Rasulullah di langit.. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada junjungan besar, Rasulullah saw, keluarga baginda dan para sahabat. Amin….


Tuesday 14 June 2011

Ilmu Sahaja Belum Memberi Manfaat..

Wahai anakku yang tercinta,

Ilmu tanpa amal gila, dan amal tanpa ilmu pula adalah sia-sia...

Dan ketahuilah bahawasanya ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan engkau daripada maksiat, dan belum mampu mendorong engkau berbuat taat, dan tidak akan dapat menjauhkan engkau pada hari kiamat daripada api neraka.. dan apabila engkau tidak beramal dengan ilmu yang ada pada dirimu dan engkau tidak membuat pembetulan terhadap segala kesilapan yang engkau lakukan pada masa yang lalu, kelak engkau akan berkata pada hari kiamat nanti:-

Maksudnya :-

"Wahai Tuhan kami! Kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu) maka kembalilah kami ke dunia untuk kami beramal soleh."            


Lalu dikatakan kepada engkau:
Wahai si bodoh, kenapa engkau hendak kembali ke sana, sedangkan engkau baru sahaja datang dari sana.
Petikan : Pesanan Imam Ghazali 

Tuesday 24 May 2011

Gempar!! Laman Web Mengutuk Islam Yang Melampau !!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Wahai saudara mara se-Islam ku, wahai rakan dan taulan se-Islam ku, bangkitlah engkau untuk mengingati tuhan yang Maha Esa yaitu Allah S.W.T. Janganlah engkau mudah terpedaya dengan kata-kata kosong seorang murtad. Jangan lah engkau mempercayai agama2 lain selain agama engkau yaitu ISLAM.

Marah bukan jikalau anda mengetahui ada orang yang mempermainkan agama mu, marah bukan kalau ada orang-orang yang telah mengutuk agama mu. Mesti kamu semua sudah tahu akan satu halaman yang dibuat di Facebook tentang penghinaan Islam itu. tetapi tak silap sudah dibuang.


AKAN TETAPI !!!

Percaya ataupun tidak ia telah berpindah ke laman web sendiri. Masya Allah, makin besar caramu untuk mengutuk Islam. Apakah ini satu tanda2 kiamat. Maka berfikirlah sejenak.........


Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemasalahannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar belitkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan      (QS. An Nisa : 135)


Inikah cara yang betul untuk kesana?


Adakah ini bendera negaramu?


Haiwan inikah yang membaca kitab sucimu?


Kamu kah makanan untuk ayam2 ini?


Adakah kaabah itu sebegini rupa?


Cantikkah gambar ini?

Bersetuju kah kamu dengan gambar2 diatas? Itu baru sedikit yang ingin ditunjukkan. Sebenarnya banyak lagi perkara2 yang tidak kamu ketahui yang telah dikutuk oleh orang berkenaan. Semuanya ada didalam laman web berkenaan yaitu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Ini bukan untuk mengaibkan sesiapa. Cukuplah kamu semua tahu bahawa agama suci kita yaitu ISLAM telah dipermainkan.


Sebarkanlah artikel ini untuk agamamu, klik link dibawah untuk membuat aduan kepada SKMM.           http://aduan.skmm.gov.my/



SEDIKIT HADIS UNTUK PERINGATAN !!


Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.
(QS. Luqman: 13)


-TAMAT-

p/s : Bertindak untuk mempertahankan agamamu (^_^)

SAIDINA ALI PAKAR MATEMATIK


Saidina Ali digelar gedung ilmu oleh Rasulullah SAW. Bukan sahaja beliau bijak dalam permasalahan agama namun ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa beliau juga merupakan seorang pakar matematik.

Kisah Pertama

Pernah seorang Yahudi yang berniat ingin memalukan Saidina Ali di hadapan orang-orang Arab bertanya kepadanya satu soalan.

"Wahai Imam Ali, berikan aku satu nombor bulat yang apabila dibahagi dengan nombor satu hingga sepuluh, jawapannya akan tetap nombor bulat dan bukan nombor pecahan," tanya lelaki Yahudi itu.

Saidina Ali menjawab, "Hitunglah bilangan hari dalam seminggu didarab dengan bilangan hari dalam setahun."

Yahudi itu pun mengira.

Kemudian, Yahudi itu menemukan hasilnya sebagai berikut:

- Jumlah hari dalam 1 Tahun = 360 (kalender Arab)
- Jumlah hari dalam 1 Minggu = 7
- Hasil darab dua angka diatas = 360×7 = 2520

Sekarang buktinya ...

2520 ÷ 1 = 2520
2520 ÷ 2 = 1260
2520 ÷ 3 = 840
2520 ÷ 4 = 630
2520 ÷ 5 = 504
2520 ÷ 6 = 420
2520 ÷ 7 = 360
2520 ÷ 8 = 315
2520 ÷ 9 = 280
2520 ÷ 10 = 252

Kisah Kedua

Dua pengembara sedang duduk bersama-sama untuk menikmati hidangan roti. Pengembara pertama mempunyai 5 keping roti dan pengembara kedua mempunyai 3 keping roti.

Kemudian datang seorang pengembara lagi, lalu diajaklah pengembara itu untuk makan bersama. Maka seorang pengembara memotong setiap keping roti kepada 3 bahagian yang sama besar (8×3=24). Oleh itu, seorang pengembara dapat menjamah 8 potongan roti (24/3=8).

Selesai menikmati hidangan roti tadi, pengembara ketiga itu meninggalkan mereka dan memberikan 8 dirham.

Pengembara pertama ingin membahagikan 8 dirham itu. Memandangkan dia tadi berkongsi 5 keping roti, maka dia mengambil 5 dirham dan bakinya 3 dirham lagi diberikan kepada pengembara kedua yang berkongsi 3 keping roti.

Tetapi, pengembara kedua tidak berpuas hati. Baginya, sepatutnya 8 dirham itu dibahagi dua antara mereka. 4 dirham seorang. Lalu mereka pun bertengkar.

Akhirnya, masalah ini dibawa ke hadapan Saidina Ali. Saidina Ali menyuruh pengembara kedua menerima pembahagian yang dilakukan oleh pengembara pertama kerana sememangnya pengembara pertama lebih berhak mendapat lebih disebabkan dia berkongsi bilangan kepingan roti yang lebih. Namun pengembara kedua masih tidak mahu mengalah.

Maka setelah itu, Saidina Ali pun berkata, "Sepatutnya anda hanya berhak mendapat satu dirham sahaja. 5 keping roti pengembara pertama dicampur 3 roti kamu menjadi 8.

Kemudian anda potong setiap roti kepada 3 bahagian. Maka ada 24 keping roti (8×3). Jadi 3 roti anda bila dipotong tiga setiap satu menjadi 9 bahagian, dan anda telah makan 8 bahagian. Lebih satu bahagian sahaja yang anda kongsi dengan pengembara ketiga.

Tetapi pengembara pertama, 5 rotinya dipotong tiga setiap satu menjadi 15 bahagian, dan dia telah makan 8 bahagian. Bakinya 7 bahagian lagi dikongsi dengan pengembara ketiga itu.

Jadi sepatutnya pengembara pertama harus mendapat 7 dirham dan anda hanya patut mendapat 1 dirham sahaja."

Kisah Ketiga

Sebelum meninggal, seseorang telah membuat wasiat:

"Saya ada 17 ekor unta. Jika saya meninggal dunia, bahagilah unta-unta itu antara 3 orang anak saya. Anak sulung saya, berilah dia 1/2 daripada bilangan unta saya. Anak kedua pula, beri dia 1/3 daripada bilangan unta saya. Anak ketiga saya, berilah dia 1/9 daripada bilangan unta saya."

Setelah beberapa ketika, si pembuat wasiat itu pun meninggal dan apabila anak-anaknya membaca wasiat yang ditinggalkan, mereka menjadi bingung. Macam mana nak bahagi 17 ekor unta tadi. Maka mereka pun berjumpa dengan Saidina Ali.

Saidina Ali setelah meneliti isi kandungan wasiat, berkata:

"Aku akan pinjamkan kamu seekor unta saya. Maka bilangan unta sekarang ada 18 ekor.

-Anak sulung dapat 1/2 daripada 18 ekor unta = 9 ekor
-Anak kedua dapat 1/3 daripada 18 ekor unta = 6 ekor
-Anak ketiga dapat 1/9 daripada 18 ekor unta = 2 ekor (9+6+2=17)

Dan sekarang aku ambil balik unta aku."

- Artikel iLuvislam.com

Monday 23 May 2011

Kasih Seorang Ibu





      

      Suasana sungguh sejuk.Kelihatan pokok-pokok di luar sana telah diselaputi salji.Salji yang memutih itu amat menyejukkan mata yang memandang.Di luar tingkap,aku terlihat sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain salji.Mereka sungguh gembira dengan permainan itu.Aku turut berasa seronok melihat perlakuan mereka.Terasa kembali ke alam kanak-kanak.

     ''Ana! Mari makan.Makanan dah tersedia ni.''Aku tersentak seketika oleh satu suara yang memanggil namaku.Dari suara itu sahaja aku memang tahu siapa dia.Dia lah ibu tiriku.Wanita yang telah aku anggap sebagai ibuku sendiri setelah 7 tahun lamanya.

     ''Jemputlah duduk.Ibu dah sediakan makanan kegemaran Ana ni.Ana suka kan?''kata ibu tiriku.


     ''Ya,saya suka.''Aku menjawab dengan selamba.Kami berdua terus menikmati hidangan tersebut.Ya,sungguh sedap masakan Puan Nurul.Tak tumpah seperti masakan ibu saya.Ah!Kenapakah aku begini.Ayahku telah berpesan supaya jangan mengungkit kisah lama.

     ''Dari tadi ibu nampak Ana muram je,kenapa?Masakan ibu tak sedap ke?''Bertalu-talu soalan Puan Nurul kepada aku.Entah yang mana satu aku nak jawab dulu.

     "Ibu tahu,kamu rindukan ibu kandung kamu kan?'' Aku sungguh terperanjat dengan soalan itu.Tak sangkah dia yang mulakan dulu kisah lama itu.

    ''Saya tak berniat pun ibu,''aku mula risau dengan soalan Puan Nurul itu.Apa yang aku nak buat sekarang ini?Aku berbisik sendiri di dalam hati.Ketika kami sedang menikmati hidangan,bunyi loceng rumah berbunyi.

     ''Mesti ayah kamu yang telah datang,''kata Puan Nurul.Dia pun menyuruh seorang pembantu rumah kami supaya membuka pintu itu.

     ''Ayah marilah duduk sama kami,:Aku menyapa ayah.Kami bertiga terus menikmati hidangan masakan Puan Nurul pada malam itu.

     Tok,tok,tok.Bunyi pintu bilikku mengejutkan aku dari focus pelajaranku malam itu.Aku menutup bukuku dan terus meluru ke arah pintu lalu membukanya.Puan Nurul sedang berdiri di depanku.''Boleh ibu masuk?''Aku hanya menganggukkan kepalaku tanda mahu mengajaknya masuk.Aku pun menyediakan kerusi kepada Puan Nurul.''Ada apa?''hanya itu sahaja yang mampu aku tanya kepadanya.

    ''Ibu tak tahu jika apa yang ibu cakap ini akan menyinggung perasaan Ana.''Aku tidak mengerti.Yang pastinya,aku melihat matanya telah direnangi oleh air mata.''Ibu tahu ,kamu masih terkenangkan ibu kandung kamu,kan?Ibu dapat merasakannya dari cara kamu hidup bersama kami.'' '' Aku langsung tidak mengerti.''Ana masih tidak mampu untuk menganggap ibu sebagai ibu kamu sendirikan?Kamu masih rindukan ibu kandung kamu,Puan Liza.

     Aku tergamam dengan kata-katanya.Aku sungguh terkejut.Aku tidak sangka yang Puan Nurul dapat membaca hatiku.Secara tiba-tiba sahaja,air mataku mengalir.Aku tidak mampu berkata lagi.Aku melihat keluar tingkap.Salji turun menyelaputi setiap benda yang ada di bawahnya.Keadaan ini pernah aku alami sewaktu aku dengan ibuku.Sebelum tidur,ibu akan membaca sebuah carita untuk aku pada 11 tahun yang lalu.Tapi keadaan sekarang berbeza.Ibu tidak ada lagi untuk menemankan aku pada waktu begini.Tidak ada lagi belaian dari seorang ibu untuk aku.

     'Ya!Saya memang rindukan ibu.Saya memang rindukan dia.Tak ada sesiapa dapat menggantikan tempat ibu.Dialah satu-satunya ibu saya!Dengan tiba-tiba sahaja aku mengeluarkan segala isi hatiku yang terpedam selama ini.''Ibu dah agak.Kamu akan cakap begitu,''suara Puan Nurul sungguh sayu kedengaran.''Saya tak layak menjadi ibu kamu.Ayah kamu juga berkata demikian sebelum dia mengawini saya.''jelas Puan Nurul.Air matanya semakin banyak mengalir.Aku tahu Puan Nurul ingin mengatakan sesuatu kepada aku,tapi dia tidak berdaya.Walaupun begitu,aku ingin tahu juga.

     ''Mengapa ibu bersetuju untuk mengawini ayah saya walaupun ibu tahu yang ayah masih tidak dapat lupakan ibu saya?Kenapa ibu?Kenapa?Kenapa ibu menyiksa diri?''aku menengking Puan Nurul.Walaupun begitu,aku tidak berniat untuk membencinya.''Sebab ibu sayangkan Ana!Kamu tahukan Ana?Ibu sayangkan kamu.Ibu kasihan dengan kamu yang telah kehilangan orang tersayang dalam usia muda ini.

     Aku berasa terkejut dengan kata-kata Puan Nurul.''Dulu ,sebelum ibu mengawini ayah kamu,ibu juga mempunyai seorang anak perempuan.Ibu amat mengasihinya.Entah bagaimana tragedi ngeri itu berlaku pada Fika.Peristiwa itu telah meragut nyawanya.Aku tertarik dengan cerita itu.''Mengapa Fika.?''aku dengan berani membuka kisah lama itu.''Ibu lalai,Ana.Saya seorang ibu yang lalai.Ibu mengabaikannya ketika dia memerlukan ibu.Ibu tidak ada disisinya ketika dia amat memerlukan ibu.Ibu amat menyesal.Walaupun begitu,ibu hanya mengatakan ibu sangat mengasihinya,tetapi tidak dapat membuktikannya,''kata Puan Nurul.

     ''Dia telah meninggal dunia,Ana.Fika sakit kerana diserang sejenis penyakit kanser.Ketika itu ibu asyik bekerja,fika telah terlantar di hospital.Keadaan fika pada waktu itu amat tenat.Suami ibu pula entah ke mana apabila mendapat tahu keadaan Fika sebenar.Dia memang seorang ayah yang penakut!Ibu bencikan dia.Akhirnya,Fika mati begitu sahaja.Sebab itulah ,ibu bertekad untuk menjadi ibu yang baik selepas pemergian Fika,''Puan Nurul terus menangis.Aku turut menangis.Cerita itu mengayat hati.

     ''Saya mintak maaf ibu.Saya tidak sepatutunya membuat ibu berasa serba salah.Barulah saya tahu kenapa terlalu awal untuk ayah mencari pengganti ibu saya.Saya juga ingin minta maaf padanya;kataku dengan perasaan yang sedih dan kesal atas perbuatanku terhadap mereka.''Ibu maafkan kamu,Ana.Ibu tahu kamu masih belum mengerti erti kehidupan yang sebenar,''Puan Nurul menyatakan sikapku yang belum matang.

     ''Mulai sekarang,Ana akan menganggap ibu sabagai ibu kandung saya.Saya berjanji,ibu.''

     ''Ibu juga ingin menjadi ibu yang baik untuk kamu.Walaupun kamu telah kehilangannya,tetapi ibu sentiasa ada bersama kamu.Kali ini,bukan hanya kata-kata sahaja,tetapi ibu akan buktikannya kepada kamu.''

     Aku terharu.Aku tidak sangka yang pengganti ibu seorang yang baik hatinya.''Selepas ini,Ana nak mendengr satu cerita tak?Dah masuk waktu tidur dah ni.'' ''Ya .saya nak dengar.''Aku terus baring dikatilku dan mencapai sebuah buku yang selalu ibu bacakan kepadaku dulu.

     Malam itu sungguh sejuk.Sungguhpun begitu,kehangatan kasih ibu telah menghilangkan kesejukanku.Akhirnya,aku telah terlena dengan kasih seorang ibuku.


Hasil Nukilan~~Hamba Allah S.W.T
                         (JiJi HateMaster_jiji91)

Sunday 22 May 2011

~Aku Sebagai Tabligh~

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde,
kalau kita tak buat, sape pula?,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai, sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit, nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar, nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia,
bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu, Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil, tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah, yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada, Yg Maha Mengetahui, yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap…adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat (r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2, Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2..kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah, seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
“Kita skang kan di zaman IT”
“Tak main la sunnah2 nih!”
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi? Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,
sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah,
bergurau dgn bini, Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi, Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekarang tak buat jyunbi (persiapan),
bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau, camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2, tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni “The Best Ummat”.

Orang Tabligh,
“Apsal la ulama India yg jadik ikutan??”
Mmmm…kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
“I can’t go..sorry!”
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
“Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!”
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg, tak jadik pergi,
Yg td josh (bersemangat) tak ingat pon,
jadik lemah seluruh sendi, Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia (cth:kursus naik pangkat),”
“no prob., anytime kami ready!
“Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti, Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah, x amik peduli….
Ya Allah selamatkan lah kami!